Cincin Pertunangan |
Sirih bermadah pinang dibelah,
Adat diturut tersusun rapi,
Merisik sudah bertunang pun sudah,
Tiba kini majlis dinanti.
Orang jauh dikenang-kenang,
Hanya terkenang pada yang satu,
Mula berkenal kemudian bertunang,
Di atas pelamin sama bersatu.
Amat garang Datuk Bentara,
Musuh melanggar habis dibenam,
Dulu seorang kini berdua,
Hidup bersama susah senang.
Inilah gabungan warna yang menjadi pilihan untuk Hari Bersejarah kami. Ditempah khas menjadi dress untuk Majlis Ijab & Qabul kami. Kenapa tempah? Ade yang kate "membazir je, bukan nak pakai balik pun lepas2 ni.."
Mudah je jawapan kepada soalan2 itu ; kerana ada yang request suruh tempah supaya boleh simpan buat kenangan. Hanya orang2 yang faham erti Sentimental Value je yang tahu menghargainya.
*belum ape2 lagi hubby dah request pakai balik dress ni untuk our 1st Wedding Anniversary nanti. Haiyoh, mudah mudahan aq masih kurus lagi time tuh ----> okay misi kuruskan badan bermula dari skarang! hahaha
sesi mix & match |
Kite memang suke lain dari yang lain. Buat ape kite nak buat kaler2 yang orang dah biase buat..boring. Rasenya x salah kalau kite cuba something new. Berani mencuba, barulah hidup jadi colourful. Sampai bile nak berada di takuk yang lama kan..?
Tapi sedikit sebanyak, terkesan jugak laa pada kitorang yang memilih tema gabungan dua warna tuh. Sebab orang x abes2 bagi feedback negatif tiap kali dapat tahu tema kaler kitorang. Jadi, kitorang decide untuk diam je sampai laaa baju ni siap. Pada mereka yang masih belum tahu tema warna kitorang, bile mereka bertanya, kitorang cuma jawab "warna BIRU" sahaja. Bila dah siap, kite simpan terus dress tuh dalam almari & xde sape pon boleh tengok. Settle! No heart feeling. hahahah.
Sehingga lah tiba hari yang dinantikan, kite jadi takut & was2 nak pakai dress tuh dek kerana banyak sangat yang kutuk kaler x cantik laa, ntah ape2 laa, itu laa ini laa.. Haih. Tapi mase tuh, ape lagi pilihan yang kite ade, dress memang dah tersedia ada, masanya dah tiba, tinggal nak pakai je.
Kite pejam mata, tarik nafas dalam2, pujuk hati sendiri dengan meng-INGAT semula segala kata2 sokongan & semangat daripada Hilmi ;
"pedulikan ape orang kate.
walau ape pun yang terjadi
I akan selalu ada untuk cinta manja
Everything's gonna be okay.."
Okay, kuatkan hati, peduli ape orang kate, terus pakai dress tuh!
Hilmi sambut,
"aku terima nikah ..............binti.............. dengan mas kahwinnya RM.............. tunai.."dan Tok Kadi serta sekalian saksi pun ucap ..."SAH, sah, sah"
Fuhhh! Kite yang kat tepi nih xyah cakap laa perasaan ape yang melanda time tuh. Rasa LEGA yang gler2 lega! Konon2 tough laa, tanak nanges. Taapi ter-nanges jugak akhirnya! Hahahah sebak weyh time tuh! Baru kite tahu kenapa orang yang selesai nikah selalu nanges. So inilah jawapannya Najla oooiiiiii
Tepat jam 10.51pagi, dengan hanya SEKALI LAFAZ, kami sah bergelar SUAMI ISTERI. Kami sah saling memiliki antara satu sama lain. Kami sah menjadi HALAL. Subhanallah, xde perasaan ape lagi yang boleh digambarkan saat itu. Kesyukuran yang x terhingga kerana kami telah bersatu sebagai KEKASIH HALAL di rumah MU ya Allah. Terima Kasih kerana menjadikan impian kami 1 kenyataan ya Allah. Berkatilah kami ya Allahu Rabbi.
"Alhamdulillah, sekali saja..masyaAllah, baguih betoi naaa.." itulah kate2 Tok Kadi setelah selesai Ijab & Qabul.Selesai nikah, solat sunat terus ditunaikan tanda syukur atas segala rahmat yang Allah kurniakan kerana telah permudahkan segala urusan majlis kami.
Setelah itu, sesi membatalkan wudhu', pemberian mas kahwin & lafaz taklik pula.
Untuk pertama kalinya, dahiku dikucup & dicium sang Suami, terasa pahala itu mengalir masuk ke dalam tubuhku. Terasa berjuta rahmat telah turun kepadaku saat tangan digenggam lelaki yang bergelar Suami =')
"Dengan terakadnya kita,
Dikaulah pemimpinku,
Imamku,
Mursyidku,
Sahabat sejatiku,
Wahai Khalifahku.."
.......bersambung,
#ok cerita x abes lagiii.... nanti sambung k (^_^)v stay tuned !